Selasa, 1 September 2009

Waktu Berbuka

ManUtd kalahkan Arsenal weekend lepas. Game yang digembar-gemburkan akhirnya berkesudahan dengan 2 gol berbalas 1. ManUtd 2 - Arsenal 1. Keputusan yang aku tak dapat terima pada saat tu. Dah agak dah, lepas je game tu, terus kena perli dengan kawan-kawan (fans ManUtd). Alasan yang diberikan ; "arghh..wait for the next meeting..".

Untuk puasa hari yang ke-11, berbuka seperti biasa iaitu bersama keluarga. Tapi yang best nya, masa berbuka tadi, mak tiba-tiba buka cerita lama tentang abah. Kisah abah masa muda-muda dulu. Sangat kelakar sampai keadaan di meja makan jadi agak tak terkawal.
"Hurm....memories..".

Jumaat, 28 Ogos 2009

I am Jimmy The Saint.

Didahului dengan ucapan Selamat Berpuasa.


Hari ini merupakan puasa untuk hari yang ke-7. Genap seminggu kita berpuasa. Aku pulak,agak lama tinggalkan blog ni. Baru hari ni tergerak untuk menulis.


Things to do in Denver,when you're dead. Movie yang aku layan malam tadi. Caya jugak jalan cerita nya. Sebab gaya cerita nya ala-ala mafia lama. Andy Garcia,mamat yang jadi hero dalam movie ni,memang terbaik. Awek yang membantu lakonan hebat dia,Gabrielle Anwar,untuk kali pertama rasa nya aku tengok dia berlakon. Tapi gandingan ni boleh dikatakan mantap jugak

Arsenal vs Man Utd. Kita nantikan keputusan perlawanan ini. Yeah!

Rabu, 12 November 2008

Percaturan Terbaik

Arsenal.

Sebagai seorang peminat yang setia, apa pun yang terjadi, menerima cemuhan dan kritikan dari orang lain. Biasa lah, mulut orang, siapa boleh tutupkan. Kecuali tuhan yang maha esa ar.

Last weekend, game between Man U and Arsenal. Memang horor beb dengar nya. Againts the red devil beb. Tak takut ke? Haha!Tapi apa yang tercapai pada game tu memang sungguh dikagumi. Tanpa beberapa orang utama di dalma pasukan, ia mampu menundukkan Setan Merah itu. Sungguh mengasyikkan.

New boy in town, Samir Nasri. 2 goals. What a superb! Memang sungguh dramatik.

Brilliant to Wenger! Superb to Nasri! Nice to Arsenal!

Sabtu, 20 September 2008

Berkongsi Ilmu

Mari mengenali bahasa atau loghat negri/nogori.
Tapi di sini aku tak dapat nak huraikan.
Jadi aku bagi link untuk terus ke laman yang memaparkan beberapa contoh loghat nogori.
Mari!
Hanya klik disini.
http://blog.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendID=360624763&blogID=430063022
Ianya diambil dari blog myspace sahabat.

Khamis, 11 September 2008

Mari Mencuba

Smart jugak bila aku tengok member aku buat.
Aku biasa tengok simple2 je.
Tapi yang ni lebih menarik pulak.
Apa kata kau orang cuba sekali ya.
Ni laman nya : www.faceyourmanga.com
Hurm..
Yang ini hasil aku.

Isnin, 8 September 2008

Kembali

Salam kembali.
Agak lama aku tinggal kan blog ni.
Tapi.
Sekarang dah tiba masa nya untuk kembali manguruskan blog ni.
Lama juga ya.
Dekat setahun juga rasa nya.

Apa-apa pun, selamat kembali!

"selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat islam"

Isnin, 14 Januari 2008

2008. Here We Go.

Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana aku masih dapat menghirup oksigen untuk hidup. Bersyukur kerana dapat meneruskan hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Bersyukur dengan segala kebaikan yang telah diterima dan dilalui pada tahun lepas. Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup walaupun telah melalui saat yang mampu mematikan diriku di dunia ini. Dan yang paling-paling bersyukur, aku masih mampu menggunakan kelima-lima deria tubuh badan ku.

2008.
Tahun baru. Usia ku akan mula tergolong didalam lingkungan 20an. Rasa macam baru semalam mak ayah ku tukarkan lampin pakai buang ku. Tapi tidak, itu semua belas-belas tahun yang lepas. Walau apa pun, tahun ini, azam ku tetap akan ku cuba untuk dicapaikan.
Akhir kata buat ku. SELAMAT TAHUN BARU.

p/s : walaupun dah 2 minggu masuk tahun baru, aku rasa masih sempat lagi untuk mengucapkannya.

Isnin, 17 Disember 2007

Nice & Sweet - The Gunners

Game malam tadi memang di nanti-nanti kan. Selepas meonton kekalahan Liverpool yang diharapkan menang, bahang mula terasa kerana Man Utd telah mula menghampiri pungutan mata Arsenal. Tapi game tu banyak yang tak kena. Refree macam berat sebelah pulak. Mungkin anak refree tu peminat Man Utd agak nya. Tapi cuma andaian sahaja.

Arsenal nya game pula, mula lepas tu. First-half nya, memang layan. Banyak serangan yang dilakukan. Akhir nya, Gallas dengan style rambut nya yang seperti salah seorang dari B.E.P tu, menanduk cantik ke gawang gol, dari hasil hantaran corner.

Game tamat dengan hasil jaringan 1-0.

Layan. Memang layan.