Rabu, 14 November 2007

Kerana Ikutkan Hati, Diriku Tersiksa.

Malam isnin yang berpagikan selasa lepas, selepas pulang dari kelas yang bermula dari pagi jam10 sehingga jam 6 petang, aku diingatkan oleh rakan seperjuangan ku untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Arsenal (favouite team) dan Reading yang bakal disiarkan pada jam 4 pagi itu. Dengan slumber nye aku membuat penilaian dan keputusan untuk menonton nye. Selepas solat isyak, mengikut penilaian yang telah dibuat, aku sepatutnye tidur awal bg mengelakkan diri ku mengantuk untuk ke kelas esok. Dengan itu, tepat jam 9, kau memulakan misi untuk tidur. Tetapi, selepas sejam diriku di atas katil, diri ku masih tidak dapat melelapkan mata. Betapa sukarnye untuk tidur awal ni. Huuhhhh..!! Akhirnya aku membuay keputusan untuk menonton movie di dalam laptop ku. Hampir 4 jam dihadapan laptop. Tetapi jam baru menunjukkan pukul 1. Masih memerlukan 3 jam lagi. Tanpa memikirkan keletihan dan kesan mangantuk yang bakal ku terima untuk menghadapi kelas keesokkannya, aku membuat keputusan untuk melayan Dota (game yang sangat layan) selama 2 jam di CC. Tiba-tiba, perut ku terasa amat pedih dan perit. Aku pulang ke rumah sewa ku. Selepas selesai melakukan kerja-kerja yang sepatutnye, diri ku terasa amat letih. Ku terlihat katil ku mengeluarkan sinaran yang amat menarik perhatian ku. Tanpa berfikiran panjang, aku terus melayangkan diriku diatas katil. Akhirnya.. Ku terlepas perlawanan tersebut. Bukan itu sahaja, kelas keesokkannya pula, aku telah lewat 2jam.

Kesimpulannya.. Anda sendiri dapat fikirkan nye..
Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian, tiada guna nya.
Kerana mulut, badan binasa. Kerana ikutkan hati, diriku tersiksa

Tiada ulasan: