Ketika sedang sibuk mengulangkaji dan mentelaah pelajaran untuk ujian akhir semesta, di minggu pertama peperiksaan yang sedang hangat diperkatakan, aku, dengan keadaan yang penuh tertekan, membuat keputusan yang sungguh drastik, iaitu dengan membuang masa di luar bersama rakan seperjuangan ku.
Setelah enjin kereta dihidupkan, aku dan rakan ku berlalu pergi meniggalkan rumah yang usang dan tidak terurus itu (perumpamaan). Tanpa rancangan dan perbincangan, aku terus pergi. Di dalam kereta, barulah idea di cari. Dengan pemikiran waras ku ini, aku memberi cadangan untuk ke Kellie's Castle yang teletak agak jauh dari ipoh, kawasan pengajian ku.
Akan tetapi, dengan slumber nye juga, rakan ku menyahut dan meluluskan idea ku itu. Sepantas kereta yang dipandu aku menuju ke destinasi.
Indah, kagum, persona dan sejarah. Itulah yang dapat digambarkan pada kawasan yang penuh bersejarah itu. Ini antara gambar yang sempat di ambil dengan menggunakan kamera telefon bimbit murah ku ini.
Di bawah ini pula, terdapat sebuah pokok yang menjadi tanda tanya kepada setiap pelancong dan pelawat yang datang. Ianya dikatakan begitu misteri.
Pokok ini kelihatan seperti seekor beruang yang sedang memeluk tubuhnya. Misteri bukan. Percaya lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan