Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana aku masih dapat menghirup oksigen untuk hidup. Bersyukur kerana dapat meneruskan hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Bersyukur dengan segala kebaikan yang telah diterima dan dilalui pada tahun lepas. Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup walaupun telah melalui saat yang mampu mematikan diriku di dunia ini. Dan yang paling-paling bersyukur, aku masih mampu menggunakan kelima-lima deria tubuh badan ku.
2008.
Tahun baru. Usia ku akan mula tergolong didalam lingkungan 20an. Rasa macam baru semalam mak ayah ku tukarkan lampin pakai buang ku. Tapi tidak, itu semua belas-belas tahun yang lepas. Walau apa pun, tahun ini, azam ku tetap akan ku cuba untuk dicapaikan.
Akhir kata buat ku. SELAMAT TAHUN BARU.
p/s : walaupun dah 2 minggu masuk tahun baru, aku rasa masih sempat lagi untuk mengucapkannya.
Isnin, 14 Januari 2008
Isnin, 17 Disember 2007
Nice & Sweet - The Gunners
Game malam tadi memang di nanti-nanti kan. Selepas meonton kekalahan Liverpool yang diharapkan menang, bahang mula terasa kerana Man Utd telah mula menghampiri pungutan mata Arsenal. Tapi game tu banyak yang tak kena. Refree macam berat sebelah pulak. Mungkin anak refree tu peminat Man Utd agak nya. Tapi cuma andaian sahaja.
Arsenal nya game pula, mula lepas tu. First-half nya, memang layan. Banyak serangan yang dilakukan. Akhir nya, Gallas dengan style rambut nya yang seperti salah seorang dari B.E.P tu, menanduk cantik ke gawang gol, dari hasil hantaran corner.
Game tamat dengan hasil jaringan 1-0.
Layan. Memang layan.

Jumaat, 14 Disember 2007
Tatapan Indah
Masih di minggu ujian akhir..

Aku bersama dua orang rakan sperjuangan ku berjuang ke satu lagi destinasi yang amat mencabar."Yeah..!! Hari ni kita pergi Cameron Highland..!!" Pada mulanya, sekadar ingin melihat suasana dan keadaan di sana. Akirnya, setiba disana, meriahnya tidak terhingga. Ya lah, cuti sekolah la katakan.
Malam tu, dengan baudget yang saving, keptusan dibuat dengan hanya tidur didalam kereta. Semalaman menahan kesejukan di dalam kereta tu. Tapi, memang layan.
Ni ada beberapa gambar sebagai tatapan. Tatapan indah.

Khamis, 6 Disember 2007
Istimewa
Mentelaah dan mengulangkaji lah kerja aku untuk ujian akhir semesta ini. Dalam masa yang sama, niat dihati hendak menunggu sehingga perlawanan bola sepak pasukan kegemaran ku bermula. Akhirnya hasrat aku tercapai. Akan tetapi, betapa pedih dan pilu hati ku ini. Mengenangkan penat lelah dan ngantuk yang telah ku korban kan, akhirnya perlawanan itu tidak dapat disiarkan. Pedih, sedih dan bengang. Ini yang dapat digambarkan.
Tidur ku lewat dan bangun nya juga lewat. Matahari telah terpancar tegak untuk seketika lalu hujan pun turun tanpa henti nya. Bangun la aku dari katil ku untuk bersiap-siap. Setelah siap, diajak pula rakan seperjuangan ku untuk makan tengah hari.

Idea, idea dan idea. Akhirnya destinasi tengah hari ini adalah di satu kawasan yang bernama TASEK. Disitu terdapat sebuah keai yang istimewa di ipoh ini iaitu "Mee Rebus Ramli".
Selepas 30 minit perjalanan serta kerja mencari dan mengesan kedai tersebut, akhirnya kami sampai. Kedai nya agak biasa sahaja tetapi hidangan mee rebus nya dkatakan paling 'HOT' di ipoh ini.
Ini beberapa gambar yang sempat di ambil selepas kerja menjamu selera selesai.

Istana Lama
Ketika sedang sibuk mengulangkaji dan mentelaah pelajaran untuk ujian akhir semesta, di minggu pertama peperiksaan yang sedang hangat diperkatakan, aku, dengan keadaan yang penuh tertekan, membuat keputusan yang sungguh drastik, iaitu dengan membuang masa di luar bersama rakan seperjuangan ku.
Setelah enjin kereta dihidupkan, aku dan rakan ku berlalu pergi meniggalkan rumah yang usang dan tidak terurus itu (perumpamaan). Tanpa rancangan dan perbincangan, aku terus pergi. Di dalam kereta, barulah idea di cari. Dengan pemikiran waras ku ini, aku memberi cadangan untuk ke Kellie's Castle yang teletak agak jauh dari ipoh, kawasan pengajian ku.
Akan tetapi, dengan slumber nye juga, rakan ku menyahut dan meluluskan idea ku itu. Sepantas kereta yang dipandu aku menuju ke destinasi.
Indah, kagum, persona dan sejarah. Itulah yang dapat digambarkan pada kawasan yang penuh bersejarah itu. Ini antara gambar yang sempat di ambil dengan menggunakan kamera telefon bimbit murah ku ini.

Di bawah ini pula, terdapat sebuah pokok yang menjadi tanda tanya kepada setiap pelancong dan pelawat yang datang. Ianya dikatakan begitu misteri.
Pokok ini kelihatan seperti seekor beruang yang sedang memeluk tubuhnya. Misteri bukan. Percaya lah.
Khamis, 15 November 2007
Hormati Ibu Bapa Anda.
Di suatu kawasan perkampungan orang asli, tinggal sebuah keluarga 3 beranak. Bapa nya Yop, seorang pemburu hutan, ibu nya, Rah, seorang suri rumah dan anak nya Billy, seorang lelaki yang dalam kemurungan. Mereka tinggal di sebuah pondok buruk yang usang. Bapa nya agak susah untuk mendapat kan belanja harian keluarga mereka. Billy pula sering dibelenggu masalah kehidupan nya. Di sekolah, Billy merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Serign dipuji oleh guru-guru nya.
Pada satu hari, Billy terasa amat bengang sekali. Dengan kesusahan yang dialami keluarga nya, dia terasa amat membebankan hidup nya. Billy mula berterngkar dengan bapa nya. Selepas pertengkaran yang berlanjutan selama 30 minit itu, Billy mengambil keptusan untuk membawa dan menalrikan diri ke bandar.
Selepas 10 tahun hidup di bandar, Billy sudah kaya sekarang. Punyai rumah mewah, kereta mewah, kelengkapan mewah dan seorang isteri yang cantik.Tetapi pada satu saat itu, secara tiba-tiba terdetik di dalam hati nya akan keluarga nya di kampung. Dia mula terasa sedih mengenangkan keluarga nya yang hidup susah di kampung itu.Selepas berfikiran panjang, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman nya.
Tibanya di kampung, ibu bapa nya terasa amat terkejut melihat akan anak nya yang telah banyak berubah itu. Mereka akhirnya saling maaf memaafi antara satu sama lain. Pada keesokkan hari nya, Billy membawa ibunya keluar bersiar-siar. Tetapi isterinya tinggal di rumah kampung nya itu bersama ayahnya.
Hampir seharian bersiar, dia pulang. Akan terperanjat nya Billy melihat bapa nya bersama isterinya sedang berasmara dana di dalam rumah itu. Billy mula naik berang. Tanpa berfikir panjang, Billy terus memaki bapa nya. Tetapi, dengan tenang bapanya menjawab...
Yop : "Kenapa perlu marah dengan aku? Dulu, kau bersama isteriku (iaitu ibu Billy), aku tak pernah marah. Tapi kenapa sekarang aku nak bersama isteri kau tidak boleh?"
Fikir-fikir kan lah..
Huahuahuahua..!!

Rabu, 14 November 2007
Kerana Ikutkan Hati, Diriku Tersiksa.
Malam isnin yang berpagikan selasa lepas, selepas pulang dari kelas yang bermula dari pagi jam10 sehingga jam 6 petang, aku diingatkan oleh rakan seperjuangan ku untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Arsenal (favouite team) dan Reading yang bakal disiarkan pada jam 4 pagi itu. Dengan slumber nye aku membuat penilaian dan keputusan untuk menonton nye. Selepas solat isyak, mengikut penilaian yang telah dibuat, aku sepatutnye tidur awal bg mengelakkan diri ku mengantuk untuk ke kelas esok. Dengan itu, tepat jam 9, kau memulakan misi untuk tidur. Tetapi, selepas sejam diriku di atas katil, diri ku masih tidak dapat melelapkan mata. Betapa sukarnye untuk tidur awal ni. Huuhhhh..!! Akhirnya aku membuay keputusan untuk menonton movie di dalam laptop ku. Hampir 4 jam dihadapan laptop. Tetapi jam baru menunjukkan pukul 1. Masih memerlukan 3 jam lagi. Tanpa memikirkan keletihan dan kesan mangantuk yang bakal ku terima untuk menghadapi kelas keesokkannya, aku membuat keputusan untuk melayan Dota (game yang sangat layan) selama 2 jam di CC. Tiba-tiba, perut ku terasa amat pedih dan perit. Aku pulang ke rumah sewa ku. Selepas selesai melakukan kerja-kerja yang sepatutnye, diri ku terasa amat letih. Ku terlihat katil ku mengeluarkan sinaran yang amat menarik perhatian ku. Tanpa berfikiran panjang, aku terus melayangkan diriku diatas katil. Akhirnya.. Ku terlepas perlawanan tersebut. Bukan itu sahaja, kelas keesokkannya pula, aku telah lewat 2jam.
Kesimpulannya.. Anda sendiri dapat fikirkan nye..
Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian, tiada guna nya.
Kerana mulut, badan binasa. Kerana ikutkan hati, diriku tersiksa
Kesimpulannya.. Anda sendiri dapat fikirkan nye..
Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian, tiada guna nya.
Kerana mulut, badan binasa. Kerana ikutkan hati, diriku tersiksa
Ahad, 11 November 2007
Idea. Idea. Idea.
Setelah beberapa bulan menceburi bidang ini, iaitu bidang blog ini, diri ku ni masih tidak mendapat sebarang pencapaian atau pun kepuasan. Kenapa? Mengapa? Mungkin diri ku ni masih baru. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Tetapi..siapakah yang ingin dan mampu memberi aku pertolongan ini? Adakah dari rakan-rakan yang hanya tahu menggunakan komputer untuk bermain game? Adakah dari rakan-rakan yang sentiasa melayari internet dengan hanya melayari myspace,friendster dan facebook? Atau..aku harus berlari ke pantai? "Bosan..aku dengan tenang.."(nyanyian Dian dalam movie AADC) Akan tetapi, diri ku ni sentiasa mengharap bantuan dan sokongan rakan-rakan yang handal dan pakar dalam bidang blog ini.
Langgan:
Catatan (Atom)