Isnin, 17 Disember 2007

Nice & Sweet - The Gunners

Game malam tadi memang di nanti-nanti kan. Selepas meonton kekalahan Liverpool yang diharapkan menang, bahang mula terasa kerana Man Utd telah mula menghampiri pungutan mata Arsenal. Tapi game tu banyak yang tak kena. Refree macam berat sebelah pulak. Mungkin anak refree tu peminat Man Utd agak nya. Tapi cuma andaian sahaja.

Arsenal nya game pula, mula lepas tu. First-half nya, memang layan. Banyak serangan yang dilakukan. Akhir nya, Gallas dengan style rambut nya yang seperti salah seorang dari B.E.P tu, menanduk cantik ke gawang gol, dari hasil hantaran corner.

Game tamat dengan hasil jaringan 1-0.

Layan. Memang layan.

Jumaat, 14 Disember 2007

Tatapan Indah

Masih di minggu ujian akhir..

Aku bersama dua orang rakan sperjuangan ku berjuang ke satu lagi destinasi yang amat mencabar."Yeah..!! Hari ni kita pergi Cameron Highland..!!" Pada mulanya, sekadar ingin melihat suasana dan keadaan di sana. Akirnya, setiba disana, meriahnya tidak terhingga. Ya lah, cuti sekolah la katakan.
Malam tu, dengan baudget yang saving, keptusan dibuat dengan hanya tidur didalam kereta. Semalaman menahan kesejukan di dalam kereta tu. Tapi, memang layan.
Ni ada beberapa gambar sebagai tatapan. Tatapan indah.

Khamis, 6 Disember 2007

Istimewa



Mentelaah dan mengulangkaji lah kerja aku untuk ujian akhir semesta ini. Dalam masa yang sama, niat dihati hendak menunggu sehingga perlawanan bola sepak pasukan kegemaran ku bermula. Akhirnya hasrat aku tercapai. Akan tetapi, betapa pedih dan pilu hati ku ini. Mengenangkan penat lelah dan ngantuk yang telah ku korban kan, akhirnya perlawanan itu tidak dapat disiarkan. Pedih, sedih dan bengang. Ini yang dapat digambarkan.
Tidur ku lewat dan bangun nya juga lewat. Matahari telah terpancar tegak untuk seketika lalu hujan pun turun tanpa henti nya. Bangun la aku dari katil ku untuk bersiap-siap. Setelah siap, diajak pula rakan seperjuangan ku untuk makan tengah hari.
Idea, idea dan idea. Akhirnya destinasi tengah hari ini adalah di satu kawasan yang bernama TASEK. Disitu terdapat sebuah keai yang istimewa di ipoh ini iaitu "Mee Rebus Ramli".
Selepas 30 minit perjalanan serta kerja mencari dan mengesan kedai tersebut, akhirnya kami sampai. Kedai nya agak biasa sahaja tetapi hidangan mee rebus nya dkatakan paling 'HOT' di ipoh ini.
Ini beberapa gambar yang sempat di ambil selepas kerja menjamu selera selesai.

Istana Lama

Ketika sedang sibuk mengulangkaji dan mentelaah pelajaran untuk ujian akhir semesta, di minggu pertama peperiksaan yang sedang hangat diperkatakan, aku, dengan keadaan yang penuh tertekan, membuat keputusan yang sungguh drastik, iaitu dengan membuang masa di luar bersama rakan seperjuangan ku.

Setelah enjin kereta dihidupkan, aku dan rakan ku berlalu pergi meniggalkan rumah yang usang dan tidak terurus itu (perumpamaan). Tanpa rancangan dan perbincangan, aku terus pergi. Di dalam kereta, barulah idea di cari. Dengan pemikiran waras ku ini, aku memberi cadangan untuk ke Kellie's Castle yang teletak agak jauh dari ipoh, kawasan pengajian ku.

Akan tetapi, dengan slumber nye juga, rakan ku menyahut dan meluluskan idea ku itu. Sepantas kereta yang dipandu aku menuju ke destinasi.



Indah, kagum, persona dan sejarah. Itulah yang dapat digambarkan pada kawasan yang penuh bersejarah itu. Ini antara gambar yang sempat di ambil dengan menggunakan kamera telefon bimbit murah ku ini.


Di bawah ini pula, terdapat sebuah pokok yang menjadi tanda tanya kepada setiap pelancong dan pelawat yang datang. Ianya dikatakan begitu misteri.

Pokok ini kelihatan seperti seekor beruang yang sedang memeluk tubuhnya. Misteri bukan. Percaya lah.