Rabu, 19 Januari 2011

Happy 57th Birthday Hassim Hassan

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 57 buat Abah ku yang tersayang. Hari ni genap lah umur Abah ku 57 tahun. Syukur ke hadirat ilahi kerana Abah ku dapat hidup sehingga ke hari ini. Apa yang mampu aku beri kan pada hari ni buat Abah ku hanya lah sedikit sebanyak ucapan terhadap nya. Mungkin tak mampu lagi untuk diri aku menghadiah kan nya dengan kebendaan. Tapi aku teringin sangat nak menghadiah kan nya dengan kebendaan. Sampai masa nya nanti, insyaAllah, akan ku hadiah kan nya. Aku rasa dengan ucapan aku pada awal pagi diantara jam 2 pagi tadi cukup bermakna untuk diri nya. Yang penting, aku akan sentiasa mendoa kan nya. Selamat dunia dan akhirat. InsyaAllah..


ini gambar tahun lepas (56 tahun)

Yang best nya, aku siap minta duit poket lagi lepas call pagi tadi. Sebab aku dah kering kat Perlis ni. Tapi Abah ku sentiasa memahami anak nya. Anak Abah la kata kan. Thanks Abah!

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Syukur ke hadirat ilahi kerna dapat lagi aku bernafas sehingga ke tahun baru ni iaitu tahun 2011. Tahun lepas, 2010, pelbagai isi kandungan yang telah dicoret dan dirakam kan dalam kepala otak aku ni. Ada yang manis, masam, bacin dan pahit nya. Apa-apa pun, hidup mesti diterus kan.

kuala lumpur pada jam 12.00 malam

Berita mengenai skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki masih hangat diperkata kan. Tak kira di mana sahaja. Mulut-mulut peminat bola sepak Malaysia masih lagi sedap berbicara mengenai nya termasuk lah aku sendiri. Harimau Malaya akhir nya berjaya memenangi kejohanan dan menjulang Piala AFF Suzuki lalu mencipta sejarah buat pertama kali nya. Aku sebagai peminat berasa amat berbangga pencapaian ni. Salute Harimau Malaya!

skuad bersama pegawai di atas stage

 raut wajah ceria pada skuad dan pegawai

Hari ni, tarikh nya agak nya cantek. 01.01.11. Salah seorang kawan karib ku, Fudhail, telah melansung kan majlis pertunangan nya bersama insan tersayang, Farah, di rumah perempuan dekat area Cyberjaya. Yang pilu dan hiba nya, aku janji nak balik untuk datang majlis tu. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Disebab kan masalah yang dihadapi, aku tak dapt datang. Maaf buat Fudhail dan Farah. Apa-apa pun, tahniah ya! Cepat dan lekas-lekas lah berkahwin okay. Kenduri kahwin kamu berdua confirm aku datang. Confirm! InsyaAllah..

Fudhail & Farah

rombongan meminang Fudhail ke rumah Farah