Isnin, 14 Januari 2008

2008. Here We Go.

Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana aku masih dapat menghirup oksigen untuk hidup. Bersyukur kerana dapat meneruskan hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Bersyukur dengan segala kebaikan yang telah diterima dan dilalui pada tahun lepas. Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup walaupun telah melalui saat yang mampu mematikan diriku di dunia ini. Dan yang paling-paling bersyukur, aku masih mampu menggunakan kelima-lima deria tubuh badan ku.

2008.
Tahun baru. Usia ku akan mula tergolong didalam lingkungan 20an. Rasa macam baru semalam mak ayah ku tukarkan lampin pakai buang ku. Tapi tidak, itu semua belas-belas tahun yang lepas. Walau apa pun, tahun ini, azam ku tetap akan ku cuba untuk dicapaikan.
Akhir kata buat ku. SELAMAT TAHUN BARU.

p/s : walaupun dah 2 minggu masuk tahun baru, aku rasa masih sempat lagi untuk mengucapkannya.