Rabu, 29 Disember 2010

Akhirnya Dikemaskini

Setelah lama berdiam diri, akhirnya blog ni aku kemaskini kan. Hampir setahun rasanya aku tak usha dengan blog ni. Dari nak sambut tahun baru 2010 sampai la ke sekarang ni, dah nak sambut tahun baru 2011 pun. Lama sangat tu kan. Cukup setahun rasanya.

Sekarang ni, aku sangat berbangga dengan prestasi pasukan bola sepak Malaysia, skuad Harimau Malaya, di dalam pertandingan Piala Suzuki AFF. Setelah 14 tahun lama nya skuad Malaysia tidak melayak kan diri ke perlawanan akhir, akhirnya tahun ni layak. Pada pusingan pertama perlawanan akhir di Bukit Jalil, game tu memang layan. Sumpah tak bosan aku tonton. Dah macam layan BPL pulak aku rasa. Harimau Malaya berjaya menyumbat kan tiga gol tanpa berbalas apa-apa. Skuad Garuda tak lah hebat seperti mana yang di heboh-heboh kan pun. Garuda dibaham harimau kot.

tandukkan yang cun 

rembatan yang kencang

diam terpaku MARKUS dibuatnya


kesebelasan utama game pusingan pertama


Seterusnya, pasukan kegemaran aku dalam BPL, Arsenal. Yeah! Tak ku duga Chelsea jatuh tergolek di Emirates. Wenger bagi statement, kata cuak dan goyang dengan Drogba kalau main kt Emirates. Tapi, akhirnya game berkesudahan dengan 3-1. Hasil jaringan mantap dari Song, Fabregas dan Walcott. Malam game ni aku tak berkesempatan nak tonton sebab dah duduk dalam hostel ni kan, memang susah la nak meluang kan masa pagi-pagi buta untuk pergi menonton game. Tapi bila dapat tahu result nya pun, dah cukup mengancam. Tengok highlights kat footytube sudah. Tak mantap pulak gol mamat tiga orang ni. Game play macam biasa la, "pass and pass and pass..then goal".

Cesc dan Walcott meraikan gol kedua, Cole kelihtan pilu