Selasa, 1 September 2009

Waktu Berbuka

ManUtd kalahkan Arsenal weekend lepas. Game yang digembar-gemburkan akhirnya berkesudahan dengan 2 gol berbalas 1. ManUtd 2 - Arsenal 1. Keputusan yang aku tak dapat terima pada saat tu. Dah agak dah, lepas je game tu, terus kena perli dengan kawan-kawan (fans ManUtd). Alasan yang diberikan ; "arghh..wait for the next meeting..".

Untuk puasa hari yang ke-11, berbuka seperti biasa iaitu bersama keluarga. Tapi yang best nya, masa berbuka tadi, mak tiba-tiba buka cerita lama tentang abah. Kisah abah masa muda-muda dulu. Sangat kelakar sampai keadaan di meja makan jadi agak tak terkawal.
"Hurm....memories..".