Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Syukur ke hadirat ilahi kerna dapat lagi aku bernafas sehingga ke tahun baru ni iaitu tahun 2011. Tahun lepas, 2010, pelbagai isi kandungan yang telah dicoret dan dirakam kan dalam kepala otak aku ni. Ada yang manis, masam, bacin dan pahit nya. Apa-apa pun, hidup mesti diterus kan.

kuala lumpur pada jam 12.00 malam

Berita mengenai skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki masih hangat diperkata kan. Tak kira di mana sahaja. Mulut-mulut peminat bola sepak Malaysia masih lagi sedap berbicara mengenai nya termasuk lah aku sendiri. Harimau Malaya akhir nya berjaya memenangi kejohanan dan menjulang Piala AFF Suzuki lalu mencipta sejarah buat pertama kali nya. Aku sebagai peminat berasa amat berbangga pencapaian ni. Salute Harimau Malaya!

skuad bersama pegawai di atas stage

 raut wajah ceria pada skuad dan pegawai

Hari ni, tarikh nya agak nya cantek. 01.01.11. Salah seorang kawan karib ku, Fudhail, telah melansung kan majlis pertunangan nya bersama insan tersayang, Farah, di rumah perempuan dekat area Cyberjaya. Yang pilu dan hiba nya, aku janji nak balik untuk datang majlis tu. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Disebab kan masalah yang dihadapi, aku tak dapt datang. Maaf buat Fudhail dan Farah. Apa-apa pun, tahniah ya! Cepat dan lekas-lekas lah berkahwin okay. Kenduri kahwin kamu berdua confirm aku datang. Confirm! InsyaAllah..

Fudhail & Farah

rombongan meminang Fudhail ke rumah Farah

Tiada ulasan: